Monday, August 10, 2009

VIRUS H1N1.


Selesema babi (juga dikenali sebagai A (H1N1)) merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).[1] Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia.
Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya menular dari manusia ke manusia. Jenis yang bertanggungjawab bagi
wabak selesema babi 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini.[2]


Influenza A
Selesema babi diketahui disebabkan oleh influenza A jenis
H1N1,[4] H1N2,[4] H3N1,[5] H3N2,[4] and H2N3.[6]
Pada
babi, tiga virus influenza A jenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar di sekeliling dunia. Di Amerika Syarikat, H1N1 khususnya menular dalam populasi babi sebelum 1998; bagaimanapun, sejak akhir Ogos 1998, sub-jenis H3N2 telah diasingkan dari babi. Sehingga 2004, virus H3N2 diasingkan dari stok babi dan ayam turki di Amerika Syarikat merupakan penyusunan tiga (triple reassortants), mengandungi gen dari susur galur selesema manusia (HA, NA, dan PB1), babi (NS, NP, dan M), dan burung (PB2 dan PA).[7]



Saturday, July 25, 2009

MRSM BITARA-Pengkalan Chepa



MRSM Bitara Pengkalan Chepa mempunyai dua kumpulan pelajar pada satu-satu masa, iaitu pelajar Tingkatan 5 dan pelajar Tingkatan 4. MRSM PC mampu untuk menampung kapasiti pelajar di antara lingkungan 600 sehingga 700 orang pelajar. Untuk setiap tahun, pengambilan pelajar baru adalah lebih kurang 300 orang pelajar.
Untuk setiap tingkatan, terdapat di antara 12 - 15 kelas, bergantung terhadap pengambilan pelajar pada sesuatu tahun. Setiap kelas boleh memuatkan 25 orang pelajar, berbanding kelas sekolah kementerian yang menampung sehingga 40 orang pelajar.
Tempoh pengajian di MRSM PC ialah selama dua tahun ataupun empat semester. Selepas peperiksaan SPM, para pelajar akan diraikan dalam Majlis Graduasi untuk menandakan kejayaan melahirkan anak-anak MARA yang mampu menerajui tonggak negara pada masa hadapan.
PENGAMBILAN PELAJAR
MRSM Bitara Pengkalan Chepa merupakan salah satu daripada empat maktab Bitara di Malaysia, selain MRSM Langkawi, MRSM Taiping dan MRSM Jasin. Kaedah pengambilan pelajar serupa dengan kaedah pengambilan pelajar bagi MRSM lain, namun begitu terdapat penekanan terhadap beberapa kriteria penting. Berikut ialah syarat kelayakan untuk memasuki salah satu daripada MRSM Bitara:
Mendapat sekurang-kurangnya 8A dalam Peperiksaan Menengah Rendah.
Lulus ujian kecenderungan yang diadakan bagi calon-calon MRSM selepas PMR di pusat-pusat tertentu
Aktif dalam bidang ko-kurikulum
Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang menentukan ciri-ciri pengambilan pelajar ke sesebuah MRSM Bitara seperti taraf hidup, penduduk luar bandar dan anak kakitangan MARA.
MRSM Bitara Pengkalan Chepa hanya mengambil pelajar-pelajar baru untuk TIngkatan 4 sahaja pada setiap tahun. Pengambilan pelajar baru biasanya dilakukan pada bulan Februari.
Permohonan untuk memasuki MRSM selalunya dibuka oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA kepada calon-calon selepas pertengahan tahun. Calon-calon boleh mendapatkan borang permohonan di mana-mana Pejabat MARA Negeri
Diambil daripada "
http://ms.wikipedia.org/wiki/MRSM_Pengkalan_Chepa"

Thursday, July 23, 2009

Kepupusan Burung Dodo


Dodo (Raphus cucullatus) adalah burung yang tak dapat terbang yang pernah hidup di pulau Mauritius. Burung ini berhubungan dengan merpati. Burung ini memiliki tinggi sekitar satu meter, pemakan buah-buahan, dan bersarang di tanah.
Dodo pupus antara pertengahan sampai akhir
abad ke-17.[1] Kepupusannya sering dijadikan contoh tipikal kerana ia terjadi dalam sejarah penulisan manusia dan akibat aktiviti manusia.

Tidak jelas darimana perkataan dodo berasal. Mungkin berhubungan dengan dodaars,
bahasa Belanda untuk sejenis bebek. Ada hubungan antara keduanya kerana kemiripan bulu di kakinya atau kerana kedua binatang ini kaku. Bagaimanapun, orang Belanda juga diketahui menyebut unggas dari Mauritius ini dengan walghvogel (burung yang membuat mual) kerana rasanya. Nama terakhir ini digunakan pertama kali dalam jurnal dari laksamana Wybrand van Warwijck yang mengunjungi dan memberi nama Mauritius tahun 1598. Dodo atau Dodaerse kembali tercatat dalam jurnal kapten Willem van West-Zanen empat tahun kemudian,[2] namun tidak jelas apakah dia yang pertama kali menggunakan nama tersebut, kerana sebelum orang Belanda, orang Portugis sudah mengunjungi pulau itu tahun 1507, tetapi tidak menetap.
Menurut Kamus
Encarta dan Kamus Etimologi Chambers, "dodo" berasal dari bahasa Portugis doudo (sekarang doido) bererti "bodoh" atau "gila".[3] Namun, istilah Portugis untuk burung itu sekarang, dodô, berasal dari bahasa Inggeris. perkataan doudo atau doido di bahasa Portugis sendiri kemungkinan berasal dari bahasa Inggeris Lama ("dolt"). Keraguan bahawa asal kata itu dari Portugis juga kerana, dalam bahasa Portugis, nama yang dibentuk dari pengulangan dua suku kata terdengar kekanak-kanakan.
Kemungkinan lain adalah bahawa dodo merupakan
onomatopia dari bunyi burung itu sendiri, bunyi yang sama seperti burung merpati 'doo-doo'.[4]

Pada
Oktober 2005, sebahagian dari Mare aux Songes, tempat paling penting dari peninggalan dodo, dipindahkan oleh suatu pasukan peneliti antarabangsa. Banyak peninggalan yang ditemukan, termasuk tulang dari burung dengan kedewasaan beragam,[5] dan beberapa tulang jelas-jelas berasal dari kerangka seekor burung dan tersimpan dalam posisi aslinya. [3] Penemuan ini dipertunjukan pada awam pada Disember 2005 di Naturalis, sebuah muzium di Leiden. Sebelumnya, beberapa spesimen yang dikaitkan dengan dodo sudah dikenal, kebanyakan terdiri dari tulang-tulang berserakan. Muzium Natural History di Dublin dan di Universiti Oxford, di antaranya, mempunyai spesimen yang disusun dari peninggalan yang tidak berhubungan ini. Telur dodo dipertunjukkan di Muzium London Timur di Afrika Selatan. Sampai saat ini, peninggalan yang paling lengkap, yang dipertunjukkan di Museum of Natural History di Universiti Oxford, berupa sebahagian tulang kaki dan kepala yang berisi satu-satunya bagian tubuh lunak yang masih ada dari spesies ini.

Gambar dodo oleh Jan Savery tahun 1651 berdasar pada lukisan Roelant Savery tahun 1626, dibuat dari spesimen yang diisi - perhatikan bahawa ia mempunyai dua kaki kiri dan burung itu tampak kegemukan di tempat penangkapannya.
Sisa dari dodo terakhir disimpan di Muzium Ashmolean
Oxford, tapi di pertengahan abad ke-18, spesimen itu telah benar-benar rosak dan diperintahkan untuk dibuang oleh kurator atau pengarah muzium sekitar tahun 1755.
Pada bulan
Jun 2007, para pengembara yang menjelajah sebuah gua di Lautan Hindi menemukan kerangka dodo yang paling lengkap dan paling tersimpan baik dibanding yang lainnya selama ini.[6]
Dari gambaran artis kita tahu bahawa dodo memiliki bulu keabu-abuan, paruh sepanjang 23 cm dengan ujung bengkok, sayap yang sangat kecil, kaki kuning yang kokoh, dan seberkas bulu keriting di bahagian hujung belakangnya. Dodo adalah burung yang sangat besar, dengan berat sekitar 23 kg. Tulang dadanya tidak dapat menunjangnya untuk terbang; burung yang hidup di tanah ini berevolusi dengan memanfaatkan
ekosistem pulau Mauritius yang tidak memiliki makhluk yang dapat memangsanya.
Gambaran tradisional dari dodo adalah burung yang gemuk dan canggung, tetapi pandangan ini telah dipertentangkan sekarang. Pendapat umum dari ilmuwan sekarang adalah bahawa lukisan lama itu menunjukkan spesimen yang ditangkap dan diberi makan terlalu banyak.
[7] kerana Mauritius memiliki musim kering dan basah, dodo kemungkinan menggemukkan diri dengan buah matang di akhir musim penghujan untuk dapat selamat melalui musim kemarau saat langka makanan; laporan kontemporari menyebutkan burung ini memiliki selera makan yang "rakus". Sehingga, dalam penangkapan, akan sangat mudah mengalami kebanyakan makan.

Thursday, July 16, 2009

masalah..

aku maseh bermasalah..

Thursday, May 14, 2009

bkak la myspace aquwh..

ni emel nye.. syedhilmi241@yahoo.com..
add la gua brade.

PEPERIKSAAN SEM-1 akan tibe..

mcm byase daq2 kt sini mseh enj0y agy..
walaup0n lagi bpe ary lagi nk perikse..
huhu..ape nk jadik..
study smart n0t study hard.

Thursday, February 5, 2009

peristiwa ari ni 5/2/09

membuat layout blog dan menletakkan gambar...-@PIZ-